HARIAN METRO 25 JANUARI 2021
Dapatkan di kedai atau baca edisi e-Paper di https://subscription.nstp.com.my
Please visit our website for more news http://www.hmetro.com.my
Please like http://www.facebook.com/harianmetro
Please follow http://www.twitter.com/hmetromy
And also our http://www.instagram.com/hmetromy
January 24, 2021
3XF_dQg8gRE
Tak sempat kaya, markas laga ayam diserbu polis
Berpuluh `kaki sabung ayam' bertempiaran melarikan diri ke dalam paya sejurus markas rahsia kegiatan itu di kawasan ladang kelapa sawit di Kundang, Rawang, diserbu polis.
Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Arifai Tarawe, berkata, dalam operasi jam 3.30 petang tadi, sepasukan 30 anggota polis Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak menyerbu sarang kegiatan judi itu.
Menurutnya, lokasi bangsal yang dijadikan pusat pertaruhan dan laga ayam itu terletak kira-kira 300 meter dari jalan utama.
Sebaik menyedari kehadiran polis, kaki judi itu bertindak melarikan diri ke kawasan belukar di bahagian belakang bangsal itu.
Bagaimanapun lapan individu yang terbabit dalam perjudian laga ayam dan judi 'holo' berjaya ditahan.
---------------------------------
#HMETRO #METROTV
Please visit our website for more news http://www.hmetro.com.my
Please like http://www.facebook.com/harianmetro
Please follow http://www.twitter.com/hmetromy
And also our http://www.instagram.com/hmetromy
January 24, 2021
woaeawZbzgU
Bekas MB Terengganu bantu selesai masalah PdPR
Bekas Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman mengambil inisiatif membuka makmal komputer bagi membantu pelajar kurang berkemampuan mengikuti Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR).
Ahmad Razif berkata, makmal yang dilengkapi 30 komputer dengan kemudahan internet berkelajuan tinggi disediakan di Pejabat Ahli Dewan Undangan negeri (Adun) Seberang Takir.
https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2021/01/667625/bekas-mb-terengganu-bantu-selesai-masalah-pdpr-metrotv
----------------------------------
#HMETRO #METROTV
Please visit our website for more news http://www.hmetro.com.my
Please like http://www.facebook.com/harianmetro
Please follow http://www.twitter.com/hmetromy
And also our http://www.instagram.com/hmetromy
January 24, 2021
ZEEoujQ_v3w
Selenggara jalan persekutuan di seluruh Johor
Johor akan melaksanakan kerja penyelenggaraan jalan persekutuan di seluruh negeri ini yang sebahagian besarnya membabitkan daerah ini melalui peruntukan RM36.29 juta daripada kerajaan Pusat.
Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan dan Infrastruktur negeri, Mohd Solihan Badri berkata, sejumlah RM12.1 juta diperuntukkan bagi penyelenggaraan jalan persekutuan di daerah Johor Bahru manakala bakinya untuk daerah-daerah lain.
Bagi daerah Johor Bahru, jalan terbabit ialah di Lebuhraya Pasir Gudang membabitkan Seksyen 16-23 iaitu persimpangan Plentong-Seri Alam, Seksyen 10-12 di persimpangan Taman Perindustrian Tebrau-Taman Daya, serta Seksyen 0-2 di Tol Perling sehingga susur Skudai dengan keseluruhan kos sebanyak RM10 juta.
Katanya, kerja pembaikan di laluan sepanjang 11 kilometer akan bermula 15 Februari depan selama dua bulan dengan satu lorong ditutup.
----------------------------------
#HMETRO #METROTV
Please visit our website for more news http://www.hmetro.com.my
Please like http://www.facebook.com/harianmetro
Please follow http://www.twitter.com/hmetromy
And also our http://www.instagram.com/hmetromy
January 24, 2021
0O0jUmwVd_g
2 minggu PKP hanya bolehkan KKM kendali kes sedia ada
Belum ada penurunan drastik kes Covid-19 walaupun negara sudah menempuhi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP 2.0) bermula 13 Januari lalu.
Pakar virologi dari Universiti Malaya (UM), Prof Dr Sazaly Abu Bakar berkata, ini kerana seperti ditegaskannya terdahulu bahawa PKP dua minggu tidak akan memberi impak yang berkesan.
Menurutnya, tempoh waktu itu hanyalah membolehkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengendalikan kes jangkitan sedia ada.
Katanya, pengawalan penuh adalah sukar kerana mereka yang terjangkit masih boleh bergerak dan meneruskan penularan virus.
Tambahan lagi dengan beberapa sektor ekonomi penyumbang kepada penularan terus berfungsi seperti biasa.
Justeru, tambahnya, sektor ekonomi itu mestilah mengambil langkah yang lebih proaktif dan tegas bagi memastikan tiada penularan boleh berlaku di dalam tempat kerja.
https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2021/01/667598/2-minggu-pkp-hanya-bolehkan-kkm-kendali-kes-sedia-ada
-----------------------------------
#HMETRO #METROTV
Please visit our website for more news http://www.hmetro.com.my
Please like http://www.facebook.com/harianmetro
Please follow http://www.twitter.com/hmetromy
And also our http://www.instagram.com/hmetromy
January 24, 2021
uBN9NcFOt34
Kerajaan Terengganu disaran laksanakan kembali pemberian e Book
Kerajaan Terengganu disaran melaksanakan kembali pemberian e-Book khususnya kepada pelajar yang kurang berkemampuan bagi membantu mereka mengikuti sesi Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) secara dalam talian.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seberang Takir, Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman yang juga bekas Menteri Besar Terengganu berkata inisiatif itu boleh dilakukan menerusi kerjasama dengan mana-mana pihak termasuk syarikat berkaitan kerajaan (GLC)
Beliau berkata kepada pemberita selepas menyampaikan bantuan makanan kepada petugas kesihatan di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di sini, hari ini.
-------------------------------------
#HMETRO #METROTV
Please visit our website for more news http://www.hmetro.com.my
Please like http://www.facebook.com/harianmetro
Please follow http://www.twitter.com/hmetromy
And also our http://www.instagram.com/hmetromy
January 24, 2021
LHprIRiwaOg
Satu lagi khazanah alam di Hutan Simpan Segari Melintang terjejas
Pantai Teluk Akuan, Segari di kawasan Hutan Simpan Segari Melintang, di sini, turut didakwa terjejas dipercayai susulan aktiviti kuari.
Pantai berkenaan menjadi antara lokasi pendaratan penyu bertelur sebelum ini, kini dikatakan tercemar dengan kesan tanah di perairan kawasan itu.
Timbalan Presiden Persatuan Aktivis Sahabat Alam (KUASA), Ismady Radzuan mendakwa anak sungai di selatan Teluk Akuan kini berubah berwarna dipercayai kesan daripada aktiviti manusia di kompartmen 22.
Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Sains, Alam Sekitar dan Teknologi hijau negeri, Mohd Akmal Kamaruddin memaklumkan pihaknya sudah mengarahkan Jabatan Alam Sekitar (JAS) untuk membuat pemeriksaan lanjut di lokasi.
---------------------------------
#HMETRO #METROTV
Please visit our website for more news http://www.hmetro.com.my
Please like http://www.facebook.com/harianmetro
Please follow http://www.twitter.com/hmetromy
And also our http://www.instagram.com/hmetromy
January 24, 2021
JuNCQepZlwg
IMBRT di peringkat akhir keluar tender reka bentuk stesen
Beberapa syarikat antarabangsa menunjukkan minat untuk membekalkan bas bagi Projek Iskandar Malaysia Bus Rapid Transit (IMBRT).
IMBRT adalah sebahagian daripada peruntukan RM780 juta yang disalurkan kerajaan Pusat menerusi Belanjawan 2021 yang bakal beroperasi di Iskandar Malaysia.
https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2021/01/667593/imbrt-di-peringkat-akhir-keluar-tender-reka-bentuk-stesen-metrotv
--------------------------------
#HMETRO #METROTV
Please visit our website for more news http://www.hmetro.com.my
Please like http://www.facebook.com/harianmetro
Please follow http://www.twitter.com/hmetromy
And also our http://www.instagram.com/hmetromy
January 24, 2021
tG0aWxVrFPc
Bangkai ikan yu paus 1.5 tan ditemui
Bangkai ikan yu paus jantan seberat 1.5 tan dengan sirip pektoral kanannya dipercayai sudah dipotong ditemui di kawasan paya bakau di Sungai Dinding, Sitiawan.
Ketua Cawangan Mamalia Marin Institut Penyelidikan Perikanan (FRI) Rantau Abang, Mohd Tamimi Ali Ahmad berkata, bangkai mamalia atau nama saintifiknya rhincodon typus sepanjang 5.7 meter itu ditarik ke Jeti CPS Kampung Acheh untuk proses bedah siasat.
https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2021/01/667569/bangkai-ikan-yu-paus-15-tan-ditemui-metrotv
-------------------------------------
#HMETRO #METROTV
Please visit our website for more news http://www.hmetro.com.my
Please like http://www.facebook.com/harianmetro
Please follow http://www.twitter.com/hmetromy
And also our http://www.instagram.com/hmetromy
January 24, 2021
3-n_Fgv9Oas
Permintaan untuk komputer riba terpakai meningkat mendadak
Kedai menjual komputer riba terpakai kini menjadi tumpuan ibu bapa yang kurang berkemampuan, untuk memenuhi keperluan anak mengikuti pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR).
Pemilik sebuah kedai terbabit di Bandar Baru Uda (BBU), di sini, Mohd Kliber Tajuddin, 37, berkata beliau sudah menjual 15 komputer riba terpakai pada harga serendah RM500 seunit kepada ibu bapa sejak sesi persekolahan 2021 dibuka.
Malah, beliau berkata, kedainya masih terus menerima pertanyaan daripada ramai ibu bapa mengenai stok komputer riba terpakai pada harga mampu milik.
----------------------------------
#HMETRO #METROTV
Please visit our website for more news http://www.hmetro.com.my
Please like http://www.facebook.com/harianmetro
Please follow http://www.twitter.com/hmetromy
And also our http://www.instagram.com/hmetromy
January 24, 2021
qTLj8332iJQ
Bomoh didakwa lakukan seks dengan pesakit
Seorang pengamal perubatan tradisional didakwa di Mahkamah Sesyen, atas pertuduhan melakukan jenayah seksual terhadap pesakitnya, minggu lalu.
Tertuduh, Wan Ismail Wan Md Zain, 53, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Ahmad Bazli Bahruddin.
https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2021/01/667559/bomoh-didakwa-lakukan-seks-dengan-pesakit-metrotv
---------------------------------
#HMETRO #METROTV
Please visit our website for more news http://www.hmetro.com.my
Please like http://www.facebook.com/harianmetro
Please follow http://www.twitter.com/hmetromy
And also our http://www.instagram.com/hmetromy
January 24, 2021
i1xxe6_VG-4
Masih ramai individu ingkar SOP
Polis mengeluarkan sebanyak 250 kompaun ke atas individu yang didapati masih berdegil apabila melanggar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor, berkata kompaun RM1,000 itu dikeluarkan sejak 13 Januari lalu hingga semalam membabitkan pelbagai kesalahan.
Beliau berkata selepas melakukan pemantauan pematuhan SOP di Pasar Awam Apollo, Jalan Raja Uda, di sini, hari ini.
----------------------------------
#HMETRO #METROTV
Please visit our website for more news http://www.hmetro.com.my
Please like http://www.facebook.com/harianmetro
Please follow http://www.twitter.com/hmetromy
And also our http://www.instagram.com/hmetromy
January 24, 2021
TONXOsTtHOs
Proklamasi darurat selari dengan tuntutan Maqasid Syariah
Proklamasi darurat yang dikuatkuasakan oleh kerajaan bukan berasaskan kepentingan politik sebaliknya ia adalah untuk kemaslahatan rakyat selari dengan tuntutan Maqasid Syariah dalam Islam.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Ahmad Marzuk Shaary berkata, walaupun ia dilihat mengekang kerakusan pemimpin politik yang mengejar kuasa tapi sasaran utama adalah menjaga nyawa rakyat itu sendiri.
https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2021/01/667535/proklamasi-darurat-selari-dengan-tuntutan-maqasid-syariah-metrotv
-------------------------------------
#HMETRO #METROTV
Please visit our website for more news http://www.hmetro.com.my
Please like http://www.facebook.com/harianmetro
Please follow http://www.twitter.com/hmetromy
And also our http://www.instagram.com/hmetromy
January 24, 2021
qM1_VAPFO44
Pasangan dikompaun ingkar PKP
Helah suami isteri yang memberi pelbagai alasan untuk melalui sekatan jalan raya (SJR) di Persiaran Surian mengundang padah apabila mereka dikenakan tindakan kompaun.
Pasangan itu masing-masing berusia lingkungan 50-an pada mulanya ditahan untuk pemeriksaan dalam kejadian pada 24 Januari.
https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2021/01/667527/pasangan-dikompaun-ingkar-pkp-metrotv
-------------------------------------
#HMETRO #METROTV
Please visit our website for more news http://www.hmetro.com.my
Please like http://www.facebook.com/harianmetro
Please follow http://www.twitter.com/hmetromy
And also our http://www.instagram.com/hmetromy
January 24, 2021
MOQddI_qvvk
52,000 surat kebenaran rentas daerah, negeri di Kelantan
Polis Kelantan mengeluarkan lebih 52,000 surat kebenaran rentas daerah dan negeri kepada golongan yang dibenarkan sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di negeri itu, bermula 16 Januari lalu.
Ketua Polis Kelantan, Datuk Shafien Mamat, berkata surat berkenaan dikeluarkan terutama kepada pekerja yang tiada majikan dan bekerja sendiri susulan kerajaan membenarkan golongan terbabit menjalankan tugas seperti biasa.
https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2021/01/667504/52000-surat-kebenaran-rentas-daerah-negeri-di-kelantan-metrotv
-------------------------------------
#HMETRO #METROTV
Please visit our website for more news http://www.hmetro.com.my
Please like http://www.facebook.com/harianmetro
Please follow http://www.twitter.com/hmetromy
And also our http://www.instagram.com/hmetromy
January 23, 2021
3R64dnOBylo
Metro Ahad 24 Januari 2021
Dapatkan di kedai atau baca edisi e-Paper di https://subscription.nstp.com.my
-------------------------------------
#HMETRO #METROTV
Please visit our website for more news http://www.hmetro.com.my
Please like http://www.facebook.com/harianmetro
Please follow http://www.twitter.com/hmetromy
And also our http://www.instagram.com/hmetromy
January 23, 2021
EofpLWTy3hk
Kutip 500 tan sampah akibat banjir
Sebanyak 500 tan sampah dikumpulkan mangsa banjir berjaya dibersihkan dalam tempoh 11 hari selepas bencana itu berakhir Isnin lalu.
Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Perpaduan Nasional negeri, Hanafiah Mat, berkata sampah itu dikumpulkan mangsa banjir di lokasi ditetapkan sebelum kerja pembersihan dan pemunggahan dilakukan Majlis Perbandaran Kemaman (MPK).
https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2021/01/667500/kutip-500-tan-sampah-akibat-banjir-metrotv
-------------------------------------
#HMETRO #METROTV
Please visit our website for more news http://www.hmetro.com.my
Please like http://www.facebook.com/harianmetro
Please follow http://www.twitter.com/hmetromy
And also our http://www.instagram.com/hmetromy
January 23, 2021
Ljsa9cqb6r4
Populariti ‘Pak Long Mail’ melonjak ketika PKP
Kelibat ‘Pak Long Mail’ untuk pengumuman baru di kaca televisyen sentiasa ditunggu ramai. Popularitinya saja sudah mengalahkan selebriti.
Ke mana saja Pak Long Mail pergi, ramai yang mahu bergambar malah sebahagian besarnya turut meluahkan keluh kesah hidup sepanjang sekatan perintah kawalan pergerakan (PKP).
Daripada kemeja, baju batik sehinggalah barangan di rak yang dijadikan latar pengumuman harian, habis sebahagiannya dibida penonton.
Pak Long Mail marah? Tidak sama sekali malah ia antara yang menggembirakan serta mencuit hati beliau.
https://www.hmetro.com.my/utama/2021/01/667507/nombor-telefon-saya-bukan-rahsia-metrotv
-------------------------------------
#HMETRO #METROTV
Please visit our website for more news http://www.hmetro.com.my
Please like http://www.facebook.com/harianmetro
Please follow http://www.twitter.com/hmetromy
And also our http://www.instagram.com/hmetromy
January 23, 2021
iSxPQU0cdDw
4 dikompaun rentas daerah, curi masuk guna laluan tikus
Empat individu yang berjaya curi masuk ke daerah ini dari Kubang Pasu tanpa surat kebenaran polis menggunakan jalan kampung ke daerah ini dikompaun ketika hendak pulang semula ke daerah Alor Setar, pada Sabtu.
Dua penunggang motosikal dan dua individu dalam sebuah kereta itu dikompaun RM1,000 selepas polis berjaya mengesan pergerakan mereka dan didapati melanggar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2021/01/667365/4-dikompaun-rentas-daerah-curi-masuk-guna-laluan-tikus-metrotv
----------------------------------
#HMETRO #METROTV
Please visit our website for more news http://www.hmetro.com.my
Please like http://www.facebook.com/harianmetro
Please follow http://www.twitter.com/hmetromy
And also our http://www.instagram.com/hmetromy
January 23, 2021
hLF2gfLoqvA
Pengayuh beca mengeluh tiada pelanggan
Hari ini kosong (tiada pendapatan), Khamis lalu dapat juga RM10. Musim PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) seorang penumpang pun susah.
Itu luahan Umar Awang, 75.
Umar dari Kampung Losong Haji Su, di Kuala Terengganu, antara 20 individu yang masih aktif mencari rezeki sebagai pengayuh beca di negeri ini dengan pendapatan sehari antara RM20 hingga RM30.
https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2021/01/667346/pengayuh-beca-mengeluh-tiada-pelanggan-metrotv

-YZWplX835s